Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Cinta Internet

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin



Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

Cinta Internet Empty
PostSubject: Cinta Internet   Cinta Internet EmptyFri Jul 24, 2009 2:19 am

Exclamation Sejauh manakah keberkesanan cinta internet ini?
Sekiranya anda mempunyai pengalaman atau pendapat mengenai cinta internet,jom kita kongsi-kongsi agar rakan lain dapat mengambil beberapa tips mengenai kebaikkan atau keburukkan cinta internet ini.


Info : Kalau dahulu ... Dari mata turun ke hati..... Kalau Sekarang Dari Monitor turun ke hati
Back to top Go down
https://ceriaportal.forumms.net
DJ Tuan

DJ Tuan


Gender : Male Virgo Posts : 18
Reputation : 0
Birthday : 28/08/1976
Join date : 18/07/2009
Age : 47
Location : Bkt Beruntung,Rawang,Sgor.

Cinta Internet Empty
PostSubject: cinta internet..sampai bila...   Cinta Internet EmptySun Jul 26, 2009 1:23 pm

Cinta Internet...mungkin ada yang positif dan ada
juga yang berpandangan negatif bila aku
bawakan tajuk ni. Ramai yang beranggapan cinta
internet takkan ke mana..cinta suka-suka...cinta
main-main...kita bercinta bila berada di depan
komputer sahaja...dan ramai juga antara kita yang
ber'cinta internet' sehingga sampai ke jinjang
pelamin..dan mungkin ada yang beranak-pinak
hasil Cinta Internet. Tapi pada akulah...ada pro
dan kontranyer cinta internet ni..
Ok..kita tengok dulu pada 'black side' cinta
internet ni. Pertamanya kes 'indah khabar dari
rupa'. Kita ber'chatting' dan ber'e-mail' dengan
orang yang kita tak tau paras rupa (kalau tak send
gambar dia la) tapi kalau send gambar pun...

boleh tipu apa...touch up ke..bagi lighting
skit..pakai software komputer...cthnya Adobe
Photoshop...jadi ler lawa...mak aku pernah
kata...kalau tunggul... kita mekap...hias lawa-lawa
pun boleh jadik lawa...Kalau masa tengah
chatting ..yang lelaki selalunya membayangkan
pasangan chatting tu lawa umpama Erra atau Siti
Nurhaliza...kalau paling koman pun iras-iras Siti
Nordiana pun kira orait la...yang perempuan pulak
membayangkan pasangan internetnya ala-ala
Hans Isaac atau yang sewaktu dengannya. Tapi
apa jadi bila masing-masing buat 'blind
date'...jumpa...adakah pandangan dan perasaan
anda terhadap pasangan internet selepas
berjumpa sama sebelum anda berjumpa dengan
dia? Mungkin ya..mungkin tidak...kalau ya
ok..kalau tidak macam mana dengan hubungan
yang dah terjalin. Aku ramai kawan yang
mengalami nasib macam tu. Mula-mula memang
sayang berbakul-bakul, sehari tak berchatting
cam sepuluh tahun rasanya...setelah berjumpa
salah sorang pasti akan dingin. Kemesraan tak
seperti dulu. Dimana silapnya....kehampaan
mengatasi segalanya...kita harap dia 'cantik,
jelita, sopan santun, berkulit cerah,pandai lawak'
tapi di depan mata...sebaliknya. Begitu juga
dengan yang perempuan. Akhirnya salah sorang
pasti jadi mangsa. Terus dilupakan atas sebab
kekurangan yang ada pada diri.
Cinta Internet ni pun melibatkan kos yang tinggi
juga. Korang tau kos apa..?...Kos untuk bayar bil
internet yang melambung sebab kurang-kurang
pun sehari mesti nak bergayut dalam chatroom 2-
3 jam dengan pasangan memasing. Masa aku
tengah 'gila internet' dulu samala juga...bila bil
telefon sampai je...aku dah ready untuk glak
aku sebelum aku menerima bil tepon yang bakal diantar oleh abg posmen kat aku...
Satu lagi, kes curang bagi mereka yang dah
berkahwin. Aku pernah terbaca, kebanyakan
orang yang sudah berkahwin tetapi masih nak
ber'cinta internet' tidak merasakan perbuatan tu
adalah salah dengan alasan mereka bercinta
melalui internet bukannya dalam alam nyata.
Macam mana tu? Bagi perempuan yang dah
berkahwin...cuba bayangkan setiap malam suami
anda khusyuk duduk depan komputer...berjam-
jam...tersengih - sengih....bila anda ajak
tidur...alasan...banyak kerja nak disiapkan...Cuba
fikir...adakah gejala cinta internet boleh
merosakkan rumahtangga seseorang?
Oklah.. aku nak cerita pulak bahagian 'white side'
cinta internet ni. Kelebihan kepada sesiapa yang
rasakan dia adalah seorang manusia yang
pemalu. Cuba nak cari pasangan tapi malu nak
ngorat. Macam mana...cari kenalan melalui
internet...tak payah nak susun ayat...tak payah nak
buang air liur nak ngorat...hanya perlukan
komputer...dan tangan untuk menaip ..tu saja...nak
malu..tak malu pun sebab tak nampak muka
langsung...
Kelebihannya, jimat masa, jimat tenaga...
Pastu satu lagi, jangan tak percaya..ada orang
yang bahagia..berkahwin..mempunyai anak,
suami yang baik..hasil daripada cinta
internet...
Tapi itu nasib la kan...tak semua jujur dalam cinta
internet...banyak yang tak betul daripada yang
betul....kalau dapat yang jujur...kira
beruntungla...kalau dapat yang tidak..macam
mana?
Apa-apa pun terpulang la pada diri sendiri untuk
menilainya....Aku harap korang jujur dengan 'cinta
internet' korang.

Ok Mantap!
Back to top Go down
CheRrY




Gender : Female Capricorn Posts : 10
Reputation : 0
Birthday : 30/12/1982
Join date : 01/11/2009
Age : 41

Cinta Internet Empty
PostSubject: Re: Cinta Internet   Cinta Internet EmptySun Nov 01, 2009 10:02 pm

ermmm best topik ni sbb cher pon cinta internet...lallalalllala betui kata Tuan ade positif n negatif. ade tapi nya alhamdulillah setakat ni masih lagi
walaupun berkenalan di chatting room. hope dapat la bg kad jemputan nnti ahaksss naseb bek la dpt yg dekat2 jek so x susah nk jumpe n tiada mslh dgn segala bil or wat ever. alhamdulillah setakat ni. Smile chaiyok2
Back to top Go down
Sponsored content





Cinta Internet Empty
PostSubject: Re: Cinta Internet   Cinta Internet Empty

Back to top Go down
 
Cinta Internet
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Puisi Cinta

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Warung Ceria ::: :: ::: Teh "o" & Nasi Lemak :::-
Jump to: