Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Pelbagai Roti & Kuah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Pelbagai Roti & Kuah   Fri Jul 24, 2009 1:58 pm

Kuah Dhal

Bahan-Bahan:

100g (3.5 oz) kacang dal
800 ml (3 ¼ cawan) air.
¼ sudu makan kunyit
1 biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
1 biji carrot
1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub
1 biji tomato medium - dipotong baji
2 cili besar hijau - dipotong setiap 2cm (¾ inch)
100 ml santan atau susu lembu
1 sudu kecil garam sedikit perahan asam jawa
125 ml (½ cawan ) air
3 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
½ sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari
2 bj. lada kering (dipotong setiap 2cm (¾ inch)
3 bj bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 bj bawang putih - dikupas dan dipotong halus.

Cara:

1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali dan masukkan ke dalam periuk bersama 800ml (3 1/4 cawan) air dan kunyit. Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.
Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.

2. Masukkan santan atau susu lembu dan masukkan garam. Tambah air asam jawa(agak-agak). Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api. Rasakan garamnya.Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan

3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawan merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan.
Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.

Cadangan Hidangan:
Di dalam kuah kacang dhal tersebut boleh diletakkan sesudu dua sambal tumis untuk memberikan rasa lazat yang tidak terhingga apabila dicecah bersama roti canai.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Roti Canai   Fri Jul 24, 2009 1:59 pm

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur
½ cawan susu segar 3 sudu besar minyak
3 sudu besar marjerin
Sedikit air untuk menguli

Cara:

Campur tepung, telur, susu dan marjerin hingga lembut sambil dicampur air sedikit-sedikit.
Bahagikan pada ketul-ketul kecil dan perap dengan minyak masak.
Biar semalaman. Canai dan leperkan nipis-nipis.
Panaskan kuali dan goreng. Bila masak, angkat dan tepuk-tepuk.
Makan bersama kari ikan, kuah dal dan sambal tumis.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Roti Tampal   Fri Jul 24, 2009 2:00 pm

Bahan-Bahan:

5 keping roti canai
Sedikit minyak utk menggoreng 1 labu bawang besar
3 tangkai cili hijau
3 biji telur
Sedikit daging cincang
1 sudu rempah kurma
1 ulas bawang putih
Sedikit daun ketumbar
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:

Tumis bawang putih yang dah ditumbuk halus.
Masukkan daging cincang, rempah kurma dan sekit garam.
Bila dah masak campurkan dengan telur dan semua bahan kanan (macam nak goreng telur bawang). Ketepikan, goreng roti canai instant sampai masak.
Tuang sedikit adunan telur atas roti canai yg masih dalam kuali dan goreng
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Capati   Fri Jul 24, 2009 2:02 pm

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung capati
4 sudu besar mentega
1 sudu minyak sapi 5 cawan air sejuk
½ sudu teh garam

Cara:

Gaulkan tepung bersama mentega dan garam.
Tuangkan air uli hingga lembut.
Kemudian ditutup biarkan selama 30 minit.
Bahagikan adunan itu kepada lapan bahagian.
Canai tiap-tiap satu sampai nipis. Letakkan atas kuali.
Bila keluar gelembung kecil balikkan masak sampai berwarna kunign pucat.
Hidang panas-panas dengan kuah dal atau sambal tumis.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Capati Gulung   Fri Jul 24, 2009 2:03 pm

Bahan-Bahan:

310 gm sardin bersos tomato (disejat)
2 camca besar mayonis
2 camca besar mentega kacang
2 biji cili hijau (dibuang biji dan dicincang)
1 camca besar sos barbeku
1 camca teh air perahan limau nipis
Garam
Serbuk lada hitam
6 keping capati

Bahan hiasan:

100 gm kentang (direbus dan dilecek)
1 camca besar mentega
1 camca besar susu segar
1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris)
Parsli (dihiris)

Cara:

Lecek sardin hingga halus. Gaul rata sardin, mayonis. mentega kacang, cili hijau, sos barbeku, air limau, garam dan serbuk lada hitam.

Bahagikan enam dan ratakan setiap bahagian pada capati. Gulung kemas dan susun di dalam bekas kedap udara. Simpan sejam dalam peti sejuk.

Keluarkan gulungan dan hiris setebal 3 cm. Sementara itu, gaul kentang lecek yang masih panas bersama mentega dan susu.

Isikan di dalam beg aising dan picit di atas capati gulung (bahagian berhiris sebelah atas). Hias dengan tomato dan parsli.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Roti Nan   Fri Jul 24, 2009 2:08 pm

Bahan-Bahan:

500 g tepung capati
½ cawan tairu 1 sudu teh bijan
Sedikit garam dan air

Cara:

Tepung dibancuh dengan tairu dan garam.
Biarkan selama dua jam.
Kemudian dibuku-bukukan serta dibentuk bulat-bulat.
Cara membakarnya, letakkan di dinding oven batu tandur yang khas untuk membakar ayam tanduri. Roti nan cepat masak, kira-kira 2 minit
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Dhal Curry Paksitani Style   Fri Jul 24, 2009 3:24 pm

Bahan-Bahan:

Bahan A
1 cawan kacang dhal kuning - dorebus hingga kembang,
4 biji ubi kentang dipotong dadu - di masukkan ke dalam dhal yang separuh kembang hingga empok,
1 biji karot dipotong dadu,dan
1 sudu besar serbuk cili, dan
1 sudu kecil serbuk jintan manis, dan
½ sudu kecil kunyit,
1 sudu besar garam (seikut rasa.

bahan tomes hingga garing (gold brown)
7 ulas bawang puteh di cincang halus,
3 inci halia dicincang halus,
1 ulas besar bawang besar di potong dadu digoreng hingga sederhana dan dimasukkan kemudian,
1 sudu besar jintan manis
2 kuntum bunga lawang
1 inic kulit kayu manis
dan diteruskan goreng hingga bawang kekuningan.

Cara:

bahan-bahan A direbus hingga empok kemudian dimasukkan bahan yang digoreng tadi dan masak lagi selama 5 minit untuk memesrakan semua bahan. sekian

Cadangan Hidangan:
sesuai dimakan bersama capati atau roti canai
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Sponsored content




PostSubject: Re: Pelbagai Roti & Kuah   Today at 10:37 pm

Back to top Go down
 
Pelbagai Roti & Kuah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Resipi Ceria ::: :: ::: Masakan Indians :::-
Jump to: