Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Pelbagai Mee

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Pelbagai Mee   Fri Jul 24, 2009 2:16 pm

Mee Hailam

Bahan-Bahan:

300 gm mee
½ cawan tauge
5 batang sawi
100 gm kerang
200 gm udang basah
5 sudu kicap 1 sudu tepung ubi
10 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
1 sudu besar cili boh
3-4 sudu minyak

Cara:

Tumbuk bawang merah & putih.
Panaskan minyak & tumiskan bawang bersama cili boh.
Masukkan kicap, tepung ubi & cawan air.
Masukkan mee, tauge, kerang, udang & sawi, kacau hingga masak lalu diangkat.

Cadangan Hidangan:
Hiaskan dengan cili merah.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Loh See Fun (Mee Beras)   Fri Jul 24, 2009 2:18 pm

Bahan-Bahan:

Bahan (1)

300 gm mee beras
50 gm taugeh
100 gm daun bawang (dipotong kecil)

Bahan (2)

400 gm hirisan daging ayam
150 gm cendawan Cina (dihiris)
2 sudu besar kicap soya pekat
3 sudu kicap soya cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam
2 sudu besar air

Cara:

Campurkan kesemua Bahan (2) dan dimasak di atas api sederhana besar sehingga ayam & cendawan empuk. Masak mee beras dalam air panas & celur taugeh. Kemudian mee & taugeh tadi dicampur dengan kicap pekat dalam mangkuk. Tuangkan ayam & cendawan yang telah dimasak tadi di atas mee & taburkan daun bawang.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Mee Hoon HK   Fri Jul 24, 2009 2:21 pm

Bahan-Bahan:

1 paket mee hoon
250g taugeh
1 paket sawi
250g udang
250g sotong
250g daging
3 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang besar(kisar)
1 cube ayam Knorr/Maggi (opt)
2 sdm serbuk lada putih
Minyak utk menggoreng
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak di kuali.
2. Tumis bawang putih serta bawang besar hingga kekuningan.
3. Masukkan lada putih, udang, sotong, daging, garam dan cube ayam. Tuangkan sedikit air, jika perlu.
4. Setelah itu, masukkan sayuran & mee hoon. Gaul rata.
5. Hias dengan telur dadar (dihiris) dan taburan bawang goreng.

Cadangan Hidangan:
Ia sedap di makan bersama cili jeruk dan wantan/ayam/nugget goreng.

Tambahan:
Sekira anda tidak suka makan taugeh/sawi boleh tukarkan dgn gobis atau sayur campuran.
Kalau tak ada makanan laut yg segar boleh gantikan dgn sebarang jenis bebola.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Mee Yoke   Fri Jul 24, 2009 2:23 pm

Bahan-Bahan:

Bahan A

Sebungkus mi kuning / kuay teow / meehoon
(atau ketiga2nya sekali)
Fish Cake
Fish Ball
Kangkong
Daun sop/daun bawang
Bawang goreng
1 mangkuk udang sederhana (lagi byk lagi bagus) Bahan B
1 mangkuk ikan bilis (dibersihkan)
1 mangkuk air rebusan udang di atas
2, 3 ulas bawang putih
garam,serbuk perasa secukupnya
2 sudu besar minyak (menumis)
4 mangkuk air

Bahan C

1 sudu besar udang kering
1 cawan cili giling (saiz cawan cili giling yg besar sikit,ada jual dikedai)
2 ulas bwg putih (diketuk2)
1 sudu kecil cuka
½ cawan minyak masak
sedikit gula, garam, serbuk perasa secukupnya

Cara:

Untuk bahan A
Mee dicelur, toskan airnya dan hidangkan.
Fish cake digoreng, fish ball direbus,potong nipis2.
Kangkong dipotong & celur.
Daun sop/bawang dihiris.

Untuk bahan B
Ketuk2 bwg putih & tumiskan.
Masukkan air, air rebusan udang, ikan bilis, garam, serbuk perasa.
Biarkan hingga mendidih.

Utk bahan C
Udang kering dibersihkan.
Panaskan minyak, tumiskan bwg putih hingga kuning.
Masukkan cili giling hingga garing.
Masukkan cuka, udang kering, gula, garam, serbuk perasa.
Bila dah terbit minyak, boleh hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Bubuh bahan A dlm mangkuk,kuahnya dan sambal cili sekali.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Mee Hokkien Black Pepper   Fri Jul 24, 2009 2:27 pm

Bahan-Bahan:

1 Paket mee hokken/ mee kuning biasa
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 ½ camca lada hitam
2 sudu ikan bilis (ditumbuk)
4-5 biji cili api
1 cawan air
¼ cawan kicap manis
minyak masak untuk menumis
daging - jumlahnya ikut suka
isi ayam - jumlahnya ikut suka
1 paket bebola ikan
sedikt sayur sawi / taugeh

Cara:

1.Tumbuk bawang kecil,bawang putih, lada hitam, cili api dan ikan bilis.
2. Hiris daging dan bebola ikan.
3. Kemudian panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi.
4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
5. Masukkan kicap beserta air.Tunggu sebentar.
6. Masukkan daging, isi ayam dan bebola tadi.
7. Biarkan 2-3 minit.kemudian masukkanlah mee dan sayur2 tadi.
8. Masak sekejap.2 minit..kemudian bolehlah dihidangkan.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Sizzling Mee   Fri Jul 24, 2009 2:29 pm

Bahan-Bahan:

1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)
300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

Cadangan Hidangan:

Hendaklah dimakan semasa panas-panas. Sedap dimakan bersama cili api yang dipotong kecil yang direndamkan bersama kicap cair yang diperah limau nipis. Selamat mencuba.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Admin
Sr.Admin
Sr.Admin


Posts : 59
Reputation : 0
Join date : 14/07/2009

PostSubject: Mee Sup Cina Express   Fri Jul 24, 2009 2:31 pm

Bahan-Bahan:

Bahan Sup:

Segenggam ikan bilis putih (siap dibelah)
Lada sulah secukup rasa
Garam sedikit Bahan Mi:

Mee kuning
Bebola ikan (dibelah dua)
Fishcake (dihiris nipis)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng (untuk hiasan)

Cara:

Sup:

1. Masukkan ikan bilis kedalam periuk penuh berisi air, dan biarkan mendidih.
2. Renih sup sehingga ikan bilis lembut dan hancur. Masukkan sedikit garam dan lada sulah hingga secukup rasa.
3. Biarkan sup panas hingga sedia untuk dicampur mee nanti.

Cadangan Hidangan:

1. Celur mee kuning, bebola ikan dan hirisan fishcake dalam air mendidih.
2. Toskan air, masukkan mee, bebola ikan dan fishcake kedalam mangkuk.
3. Tuangkan sup ikan bilis kedalam mangkuk berisi mee.
4. Taburkan bawang goreng dan sedikit lada hitam sebagai hiasan.
5. Lebih sedap dimakan bersama cili hijau jeruk.
Back to top Go down
http://ceriaportal.forumotion.net
Sponsored content




PostSubject: Re: Pelbagai Mee   Today at 10:36 pm

Back to top Go down
 
Pelbagai Mee
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Resipi Ceria ::: :: ::: Masakan Chinese :::-
Jump to: