Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 MISKIN BUKAN PENGHALANG

Go down 
AuthorMessage
alongz
Jr. Admin
Jr. Admin



Gender : Male Virgo Posts : 4
Reputation : 0
Birthday : 09/09/1980
Join date : 25/07/2009
Age : 43

MISKIN BUKAN PENGHALANG Empty
PostSubject: MISKIN BUKAN PENGHALANG   MISKIN BUKAN PENGHALANG EmptyFri Aug 28, 2009 12:34 pm

INILAH kuasa atau power USAHA tanpa rasa jemu yang akhirnya akan membuahkan hasil yang diimpi-impikan semua. Saya ingin mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada Nur Madihah yang telah berjaya dalam peperiksaan awam lalu dengan penuh cemerlang.

Walaupun beliau ditakdirkan lahir daripada keluarga yang miskin, namun sebenarnya kemiskinan itulah kuasa, power dan senjata utama kejayaan beliau.


Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa kemiskinan itu sebenarnya bukan suatu batu penghalang kepada suatu kejayaan hidup, tetapi ia sebenarnya merupakan suatu anjakan semangat dan senjata untuk suatu kejayaan di dunia dan akhirat.


Lihatlah bukti yang ada di depan mata kita kini, berapa ramai di antara pemimpin negara dan tokoh negara pelbagai bidang yang dahulunya berasal daripada keluarga miskin. Tun Ghafar Baba, YAB Pak Lah, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Datuk Seri Sazali (CELCOM) dan ramai lagi merupakan berasal daripada keluarga miskin.


Malah kini ramai mahasiswa/i yang cemerlang di IPTA merupakan daripada keluarga miskin. Yang penting ialah, jangan jadikan kemiskinan yang anda ada itu sebagai suatu bebanan atau alasan untuk tidak berjaya. Kejayaan dan kecemerlangan kita sebenarnya bergantung kepada diri sendiri dan bukan kepada harta benda yang kita ada.


Saya menasihatkan para pelajar sekolah di luar sana agar menjadikan Nur Madihah sebagai idola anda sebagai seorang pelajar agar anda terus bersemangat dan bermotivasi setiap masa untuk terus bergelar INSAN CEMERLANG.
Back to top Go down
 
MISKIN BUKAN PENGHALANG
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Kaunseling & Permasalahan Hati ::: :: ::: Motivasi Pelajar :::-
Jump to: