Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 NASI JADIKAN BADAN KITA KEBAL?

Go down 
AuthorMessage
alongz
Jr. Admin
Jr. Admin



Gender : Male Virgo Posts : 4
Reputation : 0
Birthday : 09/09/1980
Join date : 25/07/2009
Age : 43

NASI JADIKAN BADAN KITA KEBAL? Empty
PostSubject: NASI JADIKAN BADAN KITA KEBAL?   NASI JADIKAN BADAN KITA KEBAL? EmptyFri Aug 28, 2009 12:41 pm

Selepas korang baca artikel di bawah kita, janganlah lagi korang berbangga kalau hari2 makan western food ke, roti john ke atau apa saja selain daripada nasi. Telah terbukti nasi yang kita telan hari2 tu lebih banyak khasiatnya dalam menangani alahan2 yg kronik.


NEW YORK: Nasi tidak hanya berperanan sebagai makanan dan sumber karbohidrat yang penting, sebaliknya mampu menjadikan seseorang individu lebih kebal terhadap sebarang masalah alahan yang memeritkan.



Malah, ia bakal menggantikan pilihan tunggal masalah alahan iaitu suntikan yang sememangnya tidak digemari ramai.

Ini berikutan kejayaan sekumpulan saintis Jepun yang mendapati sejenis vaksin yang terhasil dalam beras yang diubah genetiknya, terbukti mampu menghalang reaksi imun badan kepada unsur penyebab alahan.

Menerusi kajian ke atas tikus makmal, penyelidik itu mendapati haiwan berkenaan yang diberi makan nasi beras khas itu memberikan reaksi daya tahan badan kepada pollen atau debuan bunga yang boleh mencetuskan alahan.

Akibatnya tikus terbabit dikesan kurang bersin berbanding sebelumnya, kata hasil kajian yang disiarkan dalam edisi internet Proceedings of the National Academy of Sciences.

Sebelum ini, kaedah Immunotherapy atau lebih dikenali suntikan alahan menjadi pilihan tunggal bagi masalah alahan tertentu.

“Vaksin berasaskan tumbuhan yang boleh dimakan sudah pasti mempunyai jauh lebih banyak kelebihan berbanding suntikan yang memeritkan. Ia bukan setakat berkhasiat, malah dapat mengatasi kesakitan apabila disuntik seperti lazimnya,” kata Dr Fumio Takaiwa, penyelidik kanan yang turut menyediakan laporan kejayaan hasil penyelidikan itu.

Dia dan rakannya, mencipta vaksin unik itu dengan menggunakan beberapa cebisan kecil protein dalam pollen – faktor utama pencetus masalah selesema di Jepun.

Dengan memasukkan protein itu ke dalam genetik beras, saintis mampu menghasilkan sejenis beras khas berkenaan.

Takaiwa yang juga penyelidik Institut Sains Agrobiologikal Kebangsaan Jepun berkata, mereka juga sudah menghasilkan vaksin beras bagi kegunaan manusia yang sedia untuk ujian keselamatan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Ramai saintis beranggapan usaha mengubah suai tumbuhan bagi menghasilkan protein therapeutik, akan membantu mewujudkan vaksin dan ubat yang lebih murah dan boleh diperoleh dengan banyak. – Reuters
Back to top Go down
 
NASI JADIKAN BADAN KITA KEBAL?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pelbagai Nasi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Kaunseling & Permasalahan Hati ::: :: ::: Motivasi Pelajar :::-
Jump to: