Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Komuniti ini (,")

Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net

Komuniti Maya Ceria 1 Malaysia
 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Petua Wanita

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
HoNeY
Moderator
Moderator


Gender : Female Pisces Posts : 19
Reputation : 0
Birthday : 15/03/1982
Join date : 16/07/2009
Age : 34
Location : JoHoR

PostSubject: Petua Wanita   Thu Jul 16, 2009 5:37 pm

flower Rahsia Wanita flower

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin.Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air.
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga.
Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam.
Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.Penasihat yang baik kepada suami.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.Pandai bermain kata dan memujuk rayu.Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.Bijak mewujudkan suasana selesa.Hati yang cepat berubah ubah.
Back to top Go down
http://rnizasulaiman.blogspot.com
 
Petua Wanita
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Komuniti CeriaChat.Net & MayaChat.Net :: ::: Kaunseling & Permasalahan Hati ::: :: ::: Kekeluargaan :::-
Jump to: